Hemoglobin
Hemoglobin (Hb) merupakan kompleks protein pigmen yang mengandung zat besi.
hemoglobin mengatur pertukaran oksien dengan karbon dioksida didalam
jaringan-jaringan tubuh mengambil oksigen dari paru-paru dan dibawa
keseluruhan jaringan tubuh sebagai bahan bakar.
Hemoglobin juga memainkan peran penting dalam mempertahankan bentuk sel
darah merah. struktur hemoglobin abnormal bisa mengganggu bentuk sel
darah merah dan menghambat fungsi dan mengalir melalui pembuluh darah.
Hemoglobin biasanya diukur sebagai bagian dari jumlah darah lengkap (CBC) dari sampel darah.
Struktur Hemoglobin
Molekul hemoglobin manusia terbina daripada empat subunit
protein
berbentuk globul (iaitu hampir berbentuk sfera). Oleh sebab satu
subunit dapat membawa satu molekul oksigen, maka secara efektifnya
setiap molekul hemoglobin dapat membawa empat molekul oksigen. Setiap
subunit pula terdiri daripada satu rantai polipeptida yang mengikat kuat
sebuah molekul lain, dipanggil heme.
Struktur
heme adalah lebih kurang sama dengan klorofil. Ia terdiri daripada satu molekul bukan protein berbentuk cincin yang dinamai porphyrin, dan satu atom besi (Fe) yang terletak di tengah-tengah molekul porphyrin tadi. Di sinilah oksigen akan diikat semasa darah melalui peparu.
Terdapat dua keadaan
pengoksidaan atom Fe iaitu +2 dan +3 (ion Fe2+ dan Fe3+ masing-masing). Hemoglobin dalam keadan normal membawa ion Fe2+, tetapi adakalanya ion ini dioksidakan kepada Fe3+. Hemoglobin yang membawa ion Fe3+ dipanggil methemoglobin. Methemoglobin tidak mampu mengikat oksigen, jadi ion Fe3+ ini perlu diturunkan kepada Fe2+. Proses ini memerlukan NADH, iaitu sebuah koenzim pembawa hidrogen, dan dimangkin oleh enzim NADH cytochrome b5 reductase
Terdapat beberapa jenis hemoglobin. Dalam darah manusia dewasa,
hemoglobin yang paling banyak ialah hemoglobin A (HbA), yang terdiri
daripada dua subunit α dan dua subunit β. Konfigurasi ini dinamai α
2β
2. Setiap subunit terdiri daripada 141 dan 146 molekul asid amino masing-masing.
Oksihemoglobin terbentuk apabila molekul oksigen diikat kepada hemoglobin. Proses ini berlaku di kapilari darah di dalam
peparu.
Oksihemogloin berwarna merah terang. Setelah oksigen digunakan oleh
tubuh, hemoglobin dipanggil deoksihemoglobin. Ia berwarna merah gelap.
Nilai Hemoglobin Normal menurut Dacie
- dewasa laki-laki : 13,5 – 18,0 gr%
- dewasa wanita : 11,5 – 16,5 gr%
- bayi (< 3bln) : 13,6 – 19,6 gr%
- umur 1 tahun : 11,0 – 13,0 gr%
- umur 12 tahun :11,5 – 14,8 gr%
Sumber
-->
http://en.wikipedia.org/wiki/Hemoglobin
Tidak ada komentar:
Posting Komentar